Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Aiman Batang Ai Resort Lubok Antu
Batang Ai Longhouse Resort sinonim dengan pekan Lubok Antu. Lokasi resort tersebut yang jauh dari bandar merupakan antara faktor pelawat datang ke resort tersebut. Perjalanan destinasi mengambil masa kira-kira 30 minit menggunakan feri yang telah disediakan oleh pihak pengurusan dari jeti. Kewujudan Batang Ai Longhouse juga turut meningkatkan ekonomi kepada penduduk setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kewujudan homestay juga atas permintaan pelancong yang ingin menikmati kehidupan seperti penduduk setempat.
Taman Negara Batang Ai
Taman Negara Batang Ai merupakan salah satu tarikan pengunjung ke Batang Ai. Taman negara tersebut dapat dihubungi melalui jalan sungai dengan perahu sewa yang disediakan oleh penduduk tempatan atau agensi pelancongan yang telah dipertanggungjawabkan. Antara aktiviti menarik yang dapat dilakukan di situ seperti melihat spesies orang utan, gibbons, dan burung kenyalang. Larangan memburu di taman negara tersebut sedikit sebanyak dapat mengekalkan ekosistem di tempat tersebut. Antara koperasi yang telah ditubuhkan untuk membangunkan taman negara seperti Ko-operasi Serbaguna Batang Ai.
Wong Merah Lubok Antu
Lokasi Wong merah agak terpencil yang terletak di kawasan kampung Panjai Ruai Atas. Perjalanan dari rumah panjang mengambil masa 3 jam perjalanan kaki atau 2 jam setengah menggunakan motosikal. Sepanjang perjalanan menuju ke lokasi, pengunjung disajikan dengan pemandangan yang mendamaikan. Kejernihan air terjun mampu memberi ketenangan kepada pengunjung. Lokasi ini belum dibangunkan oleh mana-mana pihak pelancongan atau perseorangan kerana faktor jauh untuk dihubungi.
Lubok Kasai Nanga Sumpa
Lokasi Lubok Kasai agak jauh dari jeti pangkalan batang ai merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tarikan pelancong ke Batang Ai. Kedudukan Lubok Kasai yang terletak di Nanga Sumpa mampu memberi ketenangan kepada pelawat yang datang. Kedudukan yang jauh dari Bandar dan air sungai yang jernih mampu memberi ketenangan kepada pengunjung. Terdapat pakej percutian yang telah disediakan oleh syarikat Borneo Adventure seperti penginapan 3 hari 4 malam dalam kadar kos yang berpatutan.
Menyang Tais Lubok Antu
Menyang Tais merupakan salah satu rumah panjang yang menyedikan perkhidmatan homestay. Rumah panjang ini boleh dihubungi melalui jalan air dengan menggunakan bot panjang yang mengambil masa beberapa jam perjalanan dari jeti pangkalan batang ai. Banyak aktiviti yang menarik dapat dirasai oleh pengunjung yang datang ke rumah panjang tersebut. Antara pengalaman yang menarik ialah dapat merasakan kehidupan di rumah panjang. Terdapat beberapa pakej yang disediakan iaitu 3 hari 2 malam denga kadar kos yang berpatutan.
Pangkalan Hidro Batang Ai
Pangkalan empangan batang ai merupakan salah satu tempat yang menarik dan harus dikunjungi oleh pengunjung yang datang ke pekan Lubok antu. Kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti jambatan gantung, tempat pejalan kaki sesuai digunakan untuk pengunjung yang ingin menikmati keindahan tasik buatan manusia. Pengunjung yang datang berkunjung bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara seperti Indonesia. Hujung minggu merupakan hari yang dipilih pengunjung untuk berkunjung ke pangkalan empangan batang ai. Selaras dengan pembinaan taman reakreasi tersebut, kerajaan tempatan telah menjadikan pesta batang ai sebagai pesta tahunan dalam usaha menarik pengunjung berkunjung ke batang ai.
Ai San
Ai San merupakan sungai yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar Lubok Antu untuk menjalankan aktiviti hujung minggu mahupun riadah bersama keluarga. Keadaan sungainya yang sejuk dan dilindungi oleh rimbunan pokok-pokok menyebabkan ianya selesa untuk apa jua aktiviti penduduk sekitar. Ai San terletak tidak jauh daripada kawasan kampung Rumah Manai Nanga San Panjai, Lubok Antu. Kepada yang berminat mereka boleh menghubungi talian 083-584108 atau Email Sanpanjai@gmail.com
Chen Ah Chang @ Kennt Burger
Bagi mereka yang gemar dengan makanan street food, Kennt Burger merupakan pilihan yang bijak. Gerai ini memasarkan pelbagai jenis variasi burger yang sentiasa menjadi pilihan kepada pengunjung di Pasar Lubok Antu. Antara produknya yang popular ialah Pancake Chicken Burger Homemade yang merupakan resepi keluarannya yang tersendiri.
Ensulai Waterfall
Air Terjun Ensulai terletak 200 meter dari Kem Hutan Lubok Kasai, Nanga Sumpa, Ulu Batang Ai. Untuk pergi ke air terjun ini, pengunjung perlu menggunakan perahu panjang. Perjalanan akan mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai ke destinasi. Pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis alam flora dan fauna yang cukup menarik dan jarang kelihatan di sepanjang air terjun tersebut.
Homestay Lubok Antu
Homestay Lubok Antu terletak di Pasar Lubok Antu iaitu di atas bangunan kedai Singer. Homestay ini dibuka pada awal tahun 2019 dengan tawaran harga mampu milik kepada pengunjung yang datang melawat ke Lubok Antu.
Kelingkang Inn Hotel
Kelingkang Inn merupakan satu-satunya hotel yang terdapat di kawasan Lubok Antu. Selain daripada harganya yang berpatutan dan rekaan bilik yang selesa, hotel ini juga membolehkan para pelangan menikmati pamandangan sekitar Pasar Lubok Antu.
Lubok Kasai
Lubok Kasai terletak dalam perjalanan 30-45 minit menggunakan bot panjang dari Nanga Sumpa. Lokasi ini merupakan salah satu kawasan yang paling indah di Sarawak. Waktu perjalanan dari Tasik Batang Ai ke Lubok kasai adalah kira-kira 2 jam bergantung kepada paras air sungai. Kawasan ini sangat sesuai untuk kawasan perkhemahan kerana dikelilingi oleh hutan hujan. Pengunjung juga boleh melihat populasi orang utan yang dilindungi. Lubok Kasai juga menawarkan peluang untuk meneroka pelbagai laluan hutan; tempat hidupan liar; menikmati perairan yang jelas dari Sungai lalang yang bersebelahan. Penduduk juga sentiasa bersedia dan ramah menyambut tetamu dengan menydiakan makanan tradisonal dan menghulurkan bantuan apabila perlu. Untuk mendapatkan info lanjut, pengunjung boleh menghubungi 082-245175 atau email kepada info@borneoadventure.com