Kisah Kejayaan
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Puan Bita anak Nyalak
Puan Bita anak Nyalak merupakan penduduk Lubok Antu yang telah lama berkecimpung dalam bidang usahawan. Beliau memulakan perniagaannya selaras dengan perkembangan jualan secara online pada tahun 2015. Disebabkan oleh minat yang mnedalam dalam usahawan, beliau tidak berani untuk mencuba menjual pelbagai jenis produk seperti makanan, kosmetik dan pakaian. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak hasil daripada perkahwinan beliau dengan seorang guru di SMK Lubok Antu. Belaiu juga aktif di Pusat Internet Lubok Antu dan sering menggunakan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet untuk mengembangkan perniagaannya. Beliau juga merupakan salah seorang sukarelawan untuk Malaysia ICT Volunteer di Pusat Internet Lubok Antu.
Selain itu, Puan Bita memasarkan produk seperti Produk Kosmetik Hai-O, Katering, Fefet, pakaian tradisonal, Faith Fleur & Cuckoo. Sebelum penglibatan dalam bidang ICT, Puan Bita banyak menghabiskan masa dengan membuat kerja-kerja sebagai seorang suri rumah tangga. Beliau juga banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti seperti belajar memasak atau membuat kek. Pemgetahuan Puan Bita dalam bidang ICT juga begitu terhad. Beliau tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dalam bidang usahawan secara atas talian. Selepas penggunaan ICT dan menyertai program keusahawan di pusat internet, beliau kini lebih terbuka untuk melakukan penjualan secara online dengan mempromosikan pelbagai produk di laman facebook beliau. Selain itu, beliau juga turut mempelajari teknik-teknik pengeditan iklan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint dan Microsoft Word.
Puan Bita anak Nyalak lebih berkeyakinan untuk mempromosikan produk jualan beliau setelah mempunyai pengetahuan dalam bidang usahawan. Selain itu, beliau juga dapat menarik minat penduduk di luar kawasan Lubok Antu untuk membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan katering daripada beliau. Tambahan pula, beliau juga selalu mengikuti kelas-kelas yang diadakan untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT. Pelanggan yang berminat boleh melayari FB beliau di bita.nyalak untuk melihat koleksi jualannya.
Celik IT - Christine Michelle Nicole Anak Mensin
Christine merupakan seorang pelajar tingkatan 1 SMK Lubok Antu berumur 13 Tahun. Beliau tinggal di Rumah Sunok Nanga Teliting. Sebelum penggunaan dan penglibatan dalam aktiviti ICT, adik Christine tidak mahir menggunakan Ms Office dan tidak menguasai pembelajaran yang berteraskan Ict dan E-learning. Selepas pengelibatan PI, adik Christine telah menguasai asas Ict dan mahir memanfaatkan Ms Office seperti Ms Word, Powerpoint, Excel dan Publisher. Selain itu, adik Christine juga telah mahir menggunakan aplikasi seperti zoom, logo maker dan sebagainya yang bermanfaat dalam pembelajarannya.
Antara aktiviti dan kelas yang diikuti oleh Christine adalah seperti Kelas Asas Ict, E-learning dan menyertai program Hari Bersama Komuniti PI Lubok Antu. Kini adik Christine mampu menguasai penggunaan Ms Office seperti Word, Powerpoint, Excel dan Publisher. Beliau juga mempelajari cara menggunakan e-learning seperti aplikasi Zoom dan Whatsapp untuk tujuan memudahkan sesi pembelajaran. Dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Lubok Antu, Christine telah mempertingkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan Ms Office serta mempelajari konsep e-learning bagi memudahkan beliau membuat perbincaangan berkaitan dengan pelajaran beliau secara atas talian.
Celik IT - Jimmy Barau Anak Lungunn
Jimmy merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Lubok Antu. Beliau sangat aktif mengikuti aktiviti dan menggunakan kemudahan yang terdapat di PIK Lubok Antu. Sebelum penggunaan dan penglibatan dalam aktiviti ICT, beliau hanya mahir menggunakan internet bagi tujuan melayari media sosial dan Youtube sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan Microsoft Office. Selepas pengelibatan PI dan mempelajari asas Ict di PIK Lubok Antu, kini beliau telah mahir memanfaatkan website, aplikasi serta google bagi tujuan mencari rujukan dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah. Beliau juga telah belajar cara menyunting video, menghasilkan logo menggunakan aplikasi atas talian. Tambahan juga, beliau kini telah menguasai penggunaan Microsoft Office seperti Word, Powerpoint, Excel dan Publisher.
Antara aktiviti dan kelas yang diikuti oleh beliau adalah seperti Kelas Asas ICT seperti kelas menghasilkan kad ucapan, jadual, poster, menghasilkan logo secara atas talian, kelas menangkap gambar dan menyunting video dan menyertai program hari bersama komuniti yang dianjurkan oleh pihak PI Lubok Antu. Dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Lubok Antu, kini beliau telah mahir menghasilkan kad ucapan, jadual pelajaran menggunakan Microsoft Excel, mahir menghasilkan logo secara atas talian, mahir menyunting video dan menangkap gambar.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Kennt
Kennt merupakan seorang penduduk tetap Lubok Antu yang sudah 6 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan. Beliau memulakan perniagaan ini kerana ingin menambahkan pendapatan keluarga dan juga kerana minat beliau dalam bidang keusahawanan. Selain itu, permintaan jualan beliau juga yang amat mendapat sambutan daripada penduduk tempatan. Beliau juga mempunyai sebuah gerai kecil yang terletak di Pasar Lubok Antu untuk memudahkan pelanggannya datang membeli.
Minat dan kemahiran dalam bidang perniagaan mendorong beliau untuk terus berusaha dalam bidang ini. Sebelum penglibatan, beliau hanya menjual kepada kenalan dan saudara-mara terdekat sahaja. Pendapatan beliau sebelum menggunakan medium internet untuk mempromosikan produk jualan hanyalah sekitar RM100-RM150 sahaja. Melalui Kelas Latihan ICT yang telah diikuti oleh beliau, jualan beliau semakin mendapat sambutan. Jika dahulu, kebanyakan pelanggan yang membeli hanyalah sekitar kenalan rapat dan saudara-mara. Kini, jualan beliau semakin mendapat sembutan diseluruh Lubok Antu. Terdapat juga pelanggan yang membuat tempahan dari luar kawasan seperti Engkilili.
Pusat Internet telah membantu Encik Kentt tentang cara-cara menggunakan internet untuk tujuan promosi dan mendapatkan tempahan lebih banyak lagi. Latihan asas ICT seperti mengedit gambar dan membuka akaun Facebook sedikit sebanyak telah membantu beliau mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah. Selain itu, Pusat Internet juga membantu untuk melayari internet untuk mendapatkan resepi baharu yang boleh dijadikan sebagai menu baru di geri jualan Encik Kennt.
Celik IT - Machau Anak Seman
Encik Machau anak Seman merupakan seorang ketua kampung di rumah panjang Nanga Kumpang. Beliau merupakan seorang yang sentiasa menginginkan perubahan dan maju kehadapan seiring dengan arus pemodenan pada masa kini. Beliau juga merupakan penduduk tempatan yang rajin berusaha untuk belajar sesuatu benda baharu dalam terutamanya dalam ICT untuk membuat kertas kerja sebagai seorang ketua kampung. Walaupun sudah berusia, ianya bukanlah faktor penghalang kepada Encik Machau untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang tersebut.
Beliau juga aktif mengikuti mana-mana program yang diadakan di Pusat Internet. Sebelum penglibatan, beliau tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dalam bidang ICT. Beliau juga tidak pernah didedahkan dengan peralatan seperti komputer apatah lagi cara untuk menggunakannya. Semuanya bermula selepas penubuhan Pusat Internet di Lubok Antu. Selepas penglibatan beliau dalam Pusat Internet, Pengetahuan Encik Machau kini lebih terperinci terutamanya cara-cara untuk menggunakan Komputer, Microsoft Word dan Microsoft Excel di Pusat Internet Lubok Antu. Dengan adanya kelas ICT, Encik Machau kini lebih mudah untuk bertanyakan soalan berkaitan ICT sebagai persediaan untuk membuat laporan ketua kampung.
Sebagai seorang yang baru sahaja mempelajari ICT, Encik Machau sangat berusaha untuk mempelajari cara-cara menggunakan komputer seperti komponen asas yang terdapat di komputer, cara untuk membuka dan menutup komputer, membuat dokumen baru, format untuk membuat laporan dan slide. Dengan wujudnya Pusat Internet, Encik Machau dapat mempelajari dan mengikuti perkembangan ICT secara percuma. Beliau juga menyertai program smart Ict bersama ketua kampung. Kini, beliau lebih yakin untuk menggunakanya tanpa ada rasa takut seperti sebelumnya. Sebagai ketua kampung, beliau berharap lebih banyak lagi kelas asas ICT diadakan kerana ia dapat membantu golongan berusia terutamanya ketua kampung sekitar Lubok Antu.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Puan Umba
Puan Umba merupakan seorang suri rumah tangga yang tinggal di kampung Kutai Lubok Antu. Beliau sangat aktif menggunakan laman sosial untuk memasarkan produk perniagaan beliau. Beliau merupakan agen Mary Kay sejak awal tahun 2020. Sebelum penggunaan ICT, pengetahuan ICT beliau tidak mahir menggunakan media sosial seperti Facebook mahupun WhatsApp. Selepas penggunaan ICT, Puan Umba mulai mahir menggunakan Facebook dan WhatsApp bagi tujuan perniagaan.
Puan Umba telah dibimbing dalam menghasilkan laman media sosial dan diajar cara mempromosikan produk jualan beliau di media sosial. Beliau juga telah menyertai program keusahawanan di PI Lubok Antu. Pelanggan yang berminat boleh melayari FB beliau di umba.mansor.3 untuk melihat koleksi jualannya.
Celik IT / Komuniti PIntar - Magdline anak Malang
Magdline anak Malang berumur 29 tahun merupakan surirumah sepenuh masa dan juga ahli biro wanita kampung Nyemungan .Hobi beliau ialah memasak,membuat kuih dan solekan.Beliau telah di perkenalkan dengan dan menjadi ahli PI semasa Hari Terbuka PI Lubok Antu. Sebelum menggunakan perkhidmatan Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu untuk melayari internet dalam mencari resepi masakan,kuih muih dan tutorial makeup.Beliau menyatakan terdapat kekangan dalam melayari internet menggunakan telefon bimbit di mana perlu melanggan data internet yang agak mahal.
Selepas diperkenalkan dengan perkhidmatan di Pusat Internet 1 Malaysia,beliau dapat menggunakan kemudahan internet dan bayaran yang sangat berpatutan. Beliau juga turut dapat melayari internet seperti mencari resepi makanan dan tutorial make up tanpa masalah.Beliau juga turut mengikuti kelas ICT dan keusahawan yang di jalankan selain aktif mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Intenet 1 Malaysia Lubok Antu.
Keusahawanan - Puan Eliza
Puan Eliza dan suaminya mempunyai seorang anak dan tinggal di Kampung Nyemungan Simpang lubok Antu. Beliau telah menceburi perniagaan secara kecil-kecilan beliau merupakan pekerja di Hotel Pullman Kuching. Dengan adanya pengalaman sebagai tukang terapi dan memiliki asas menata rias wajah. Setelah berkahwin, beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan menceburkan diri dalam perniagaan online secara kecil-kecilan. Sebelum beliau melibatkan diri dengan aktiviti PI,beliau menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah.beliau juga mula mengambil tempahan daripada kwan-kawan yang terdekat. Puan Eliza telah mendaftar sebgai ahli PI Lubok Antu sejak April 2016 semasa Hari Terbuka Pusat Internet Lubok Antu.
Beliau mula mengikuti latihan-latihan yang telah dianjurkan oleh PI Lubok Antu.Antara latihan yang beliau ikuti adalah latihan Microsoft Office,Website atau Blog dan latihan keusahawanan.Setelah melibatkan diri dengan aktiviti-aktivti PI,beliau kini dapat mengetahui cara-cara untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan beliau ke pasaran yang lebih luas. Beliau juga dijemput untuk membuat demonstrasi menata rias wajah semasa kelas keusahawan yang dijalankan di PI Lubok Antu. PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT. Melalui latihan yang diadakan,beliau dapat menguruskan dan mengembangkan perniagaan melalui media masa seperti facebook,aplikasi whatsapp dan wechat. Puan Eliza amat berterima kasih kepada Pusat Internet Lubok Antu diatas latihan dan tunjuk ajar yang di berikan,dimana ianya sangat membantu beliau dalam memajukan lagi perniagaan beliau ke pasaran yang lebih luas.