MAKLUMAT KOMUNITI
Ringkasan
Sejarah dan asal usul Daerah Lubok Antu
Lubok Antu ialah sebuah daerah di Bahagian Sri Aman, di Sarawak, Malaysia. Sebahagian besar penduduknya merupakan kaum Iban. Aktiviti ekonomi utama di dareah ini adalah aktiviti pertanian. Nama Lubok Antu dikatakan berasal daripada peristiwa peperangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Iban pada masa dahulu. Peperangan tersebut telah menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan mayat-mayat yang terkorban dihanyutkan arus deras dari hulu Sungai Batang Ai ke suatu lubuk di hilir sungai. Namun, tiada yang berani menguruskan mayat-mayat yang telah tersadai di lubuk tersebut. Lubuk itu mula dianggap berpuaka oleh penduduk tempatan, maka lahirlah nama Lubok (lubuk) Antu (hantu/puaka).
Populasi
Jumlah penduduk Lubok Antu ialah seramai 27,363 orang manakala kepadatan adalah 8.7km persegi. Majoriti penduduk di kawasan Lubok Antu adalah berbangsa Iban.
Parlimen - YB Tuan Jugah Anak Muyang@Tambat
Kawasan Lubok Antu di dalam pentadbiran Parlimen P203 Lubok Antu. Ahli Parlimen untuk daerah Lubok Antu ialah Yang Berhormat Tuan Jugah Anak Muyang.
Nama: YB Tuan Jugah Anak Muyang@Tambat
Parlimen: P203 Lubok Antu
Alamat: No.1, Lot 1377
Emel: jugahmuyang@gmai.com
DUN - YB Dato Malcolm Mussen Lamoh
Nama: YB Dato Malcolm Mussen Lamoh
Dun: N.34 Batang Ai
Tel: 082-440116
Fax: 082-446704