PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MYKOMUNITIKREATIF (#MYkif)
15 Mac2016 | Aktiviti Terkini
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MYKOMUNITIKREATIF (#MYkif)
PENGENALAN
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan .
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet (PI). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
1. Menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat melalui penghasilan kandungan digital;
2. Mencetus keterujaan di kalangan komuniti tentang pembangunan industri kandungan tempatan; dan
3. Transformasi komuniti setempat dalam menjayakan inisitiatif Komuniti Pintar.
Tema : ILMU DIKONGSI
Tarikh Tutup Penyertaan : Fasa 1: 31 Mac 2016
Fasa 2: 31 Mei 2016
Fasa 3: 31 September 2016
Fasa 4: 30 November 2016
SYARAT PENYERTAAN
A. Maklumat Pertandingan:
1. Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan merupakan salah satu program di bawah inisiatif Komuniti Pintar.
2. Tema bagi pertandingan ini adalah ILMU DIKONGSI
B. Kelayakan Pertandingan
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet (PI) seluruh Malaysia.
2. Peserta di bawah umur 18 tahun mestilah mempunyai kebenaran daripada ibubapa atau penjaga.
3. Peserta yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.
C. Terma dan syarat pertandingan
1. Peserta dikehendaki menghasilkan video dalam bentuk tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan
2. Contoh kandungan adalah seperti kaedah tugasan rumah harian, kraftangan, pertukangan, perkongsian resipi, amalan petua, penjagaan kesihatan, fesyen atau pelancongan
3. Video yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi 5 minit
4. Video yang dihasilkan hendaklah dimuat naik ke YouTube melalui akaun yang dibuka oleh peserta sendiri berserta tag 'MYkomunitikreatif' dan 'MYkif'
5. Penyertaan hendaklah di dalam Bahasa Malaysia atau mempunyai sarikata Bahasa Malaysia
6. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan
7. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://mykif.mcmc.gov.my sebelum tarikh tutup pertandingan
8. Tarikh tutup pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) fasa seperti berikut:
Fasa 1: 31 Mac 2016
Fasa 2: 31 Mei 2016
Fasa 3: 31 September 2016
Fasa 4: 30 November 2016
9. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak
10. Penyertaan mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa
11. Setiap peserta/kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan
12. Penyertaan adalah percuma
13. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Pihak sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap
14. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak
15. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak
16. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan
17. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan
18. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran
19. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan
20. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan
MYkomunitikreatif
"Tajuk Produksi"
"Nama"
"Nama PI, Daerah, Negeri"
MYkomunitikreatif
Cara-cara Membuat Raga
Ahmad, Fathin, Muthu, Fiona
PI Kg Pandan, Lundu, Sarawak
21. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Tajuk Produksi, Nama (dan ahli-ahli kumpulan jika ada), Nama Pusat Internet, Daerah dan Negeri di awal video. (Sila lihat contoh di bawah)
HADIAH
Video MYkif Terbaik : RM1,000 x 10 Pemenang
Video MYkif Unik : RM1,000 x 10 Pemenang
Video MYkif Berpotensi : RM1,000 x 5 Pemenang
Penyertaan terbanyak
(Individu/Berkumpulan) : RM1,000 x 3 Pemenang
Penyertaan Terbanyak
(PI) : RM1,000 x 3 Pemenang
PERTANYAAN
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekretariat
PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MYKOMUNITIKREATIF
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
MCMC TOWER 1, JALAN IMPACT, CYBER 6
63000 CYBERJAYA
Emel : mykif@cmc.gov.my
Web : http://mykif.mcmc.gov.my