Kelas Usahawan Kraftangan Bersama Puan Norina Bunyam
09 Oktober 2016| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu telah menadakan kelas Usahawan Kraftangan bertempat Bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu pada 08 Oktober 2016 bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.Kelas Usahawan dihadiri seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah di sekitar kawasan Pekan Lubok Antu.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kelas Usahawan kraftangan ini adalah penerangan mengenai kelebihan kraftangan dan sesi demostrasi membuat kraftangan oleh Usahawan Kraftangan Puan Norina anak Bunyam.
Melalui Kelas Usahawan seperti ini dapat mendedahkan kepada peserta tentang kelebihan menjadi usahawan kraftangan disamping dapat menambah pendapatan sampingan mereka selain itu dapat mengisi masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: