Kelas Microsoft Office(Excel)/Klik Dengan Bijak/Advokasi
06 Oktober 2016| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu mengadakan kelas Kelas Microsoft Office (Excel) pada 05 Oktober bermula jam 2.00 sehingga 4.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Lubok Antu.Tujuan kelas ini di adakan bagi membantu peserta mengenali fungsi dan cara menggunakan Excel untuk tujuan menyimpan data dan rekod,membantu membuat pengiraan dan penggunaan jadual dan diagram.
Peserta terdiri daripada 4 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah dan usahawan tempatan.Akhir sekali peserta didedahkan dengan tayangan video KDB, advokasi (E-waste) dan sesi soal jawab dengan peserta berkaitan dengan keselamatan penggunaan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: