Program Keusahawanan Bersama Giatamara (TikTok Affliate)

4 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat - 3 Februari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan progam keusahawanan yang berlangsung selama 1 hari iaitu pada pukul 0900 pagi sehingga 1200 tengahari bagi sesi pagi dan bermula pada pikul 1400 petang sehingga 1700 petang bagi sesi petang. Program ini adalah kerjasama diantara PEDi Lubok Antu dan PEDi Engkilili bagi memberi latihan keusahawnan iaitu Tik Tok Affliate untu pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini dihadiri oleh 17 orang pelajar Giatmara Lubok Antu dan diadakan di Bilik Latihan PEDi Lubok Antu.

Program keusahawanan pada kali ini adalah bagi mendedahkan peserta tentang perniagaan menggunakan aplikasi platform Tik Tok Affliate. Pada sesi pertama dalam program Tik Tok Affliate ,peserta telah diberikan taklimat mengenai apa itu Tiktok Affiliate. Dalam taklimat ini juga, para peserta diberi penerangan mengenai cara membuat konten untuk menarik minat orang untuk membeli sesuatu produk . Disamping itu, para pelajar juga diberitahu mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat ketika membuat konten dalam Tiktok. Bagi kelas sesi petang peserta telah diberi bimbingan bagaimana cara memuat naik aplikasi Tik Tok Affliate,membuka akaun Tik Tok Affliate dan cara menggunakan Tik Tok Affliate untuk menjual produk.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali