Program Keusahawanan Bersama Giatamara (Pupuk@Shopee)

10 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis-9 Februari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan progam keusahawanan yang berlangsung selama 1 hari iaitu pada pukul 0900 pagi sehingga 1200 tengahari bagi sesi pagi dan bermula pada pikul 1400 etang sehingga 1700 petang bagi sesi petang. Program ini adalah kerjasama diantara PEDi Lubok Antu dan Rakan Digital PEDi Lubok Antu bagi memberi latihan keusahawanan menggunakan platform Pupuk@Shopee untuk pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini dihadiri oleh 16 orang pelajar Giatmara Lubok Antu dan diadakan di Bilik Latihan PEDi Lubok Antu.

Program keusahawanan pada kali ini adalah bagi mendedahkan peserta bagaimana cara memulakan perniagaan melalui Pupuk@Shopee. Pada sesi pertama Pupuk@Shopee peserta telah diberikan taklimat bahawa Pupuk@Shopee merupakan salah satu platform khas yang digunakan untuk memperkenalkan produk perniagaan. Bagi sesi petang, para peserta diberi bimbingan bagaimana mendaftar di Pupuk@Shopee, memuat naik produk perniagaan dan membuat video produk perniagaan peserta menerusi Pupuk@Shopee.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali