Program ICT bersama Giatmara Kelas Ms Publisher (Resume)
2 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada Rabu – 1 Februari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula pada pukul 14.00 petang sehingga 17.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 17 orang peserta yang merupakan pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas asas Microsoft Publisher ini adalah bagi memberikan latihan ICT cara membuat resume pada pelajar baharu Giatmara Lubok Antu bagi tahun 2023. Pada sesi pertama dalam kelas Microsoft Publisher ini, peserta telah diberikan asas pengenalan kepada tajuk secara teori. Objektif utama kelas ialah supaya pelajar dapat menghasilkan yang ingin membuat resume mereka sendiri.
Melalui perkongsian ini, peserta dapat mengetahui apakah itu resume dan bagaimana resume banyak mempengaruhi majikan atau pihak tertentu terutamanya dalam urusan mencari pekerja. Selain itu, peserta juga diberitahu tentang maklumat yang diperlukan dan wajib ada di dalam setiap resume. Di samping itu juga, peserta telah diperkenalkan dengan contoh-contoh resume yang terdapat di internet untuk dijadikan sebagai rujukan dalam pembuatan resume mereka sendiri. Peserta juga telah diberikan sedikit latihan bagaimana cara untuk menghasilkan resume yang serba ringkas, mudah dan padat dengan hanya menggunakan Microsoft Publisher.Sebagai tambahan, peserta juga digalakkan untuk menghasilkan resume mengikut kreativiti mereka sendiri dan memasukkan 7 maklumat penting yang utama iaitu maklumat peribadi, pengalaman, pendidikan dan kemahiran.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan
- Perkongsian ringkas tentang resume
- Latihan untuk membuat resume
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: