Kelas Asas Microsoft Publisher - Poster

10 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 9 March 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula pada pukul 14.00 petang hingga 17.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang merupakan pelajar dalam kawasan Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu. Kelas ini adalah bagi memberikan latihan ICT pada pelajar. Peserta telah diberikan penerangan lengkap berkaitan dengan Microsoft Excel secara teori.

Selain itu, peserta juga dijelaskan dengan cara penggunaan Microsoft Publisher untuk menghasilkan poster yang menarik dan terkini dengan memanfaatkan fungsi yang terdapat pada ribbon yang ada pada Microsoft Publisher. Antaranya adalah seperti page design-background,format background, WordArt,text box dan sebagainya. Bagi permulaan peserta,diberi pilihan untuk membuat poster samaada dalam paparan menegak(potrait) atau melintang(landscape). Seterusnya ,peserta diberi penerangan langkah untuk membuat latar belakang poster dengan menggunakan gambar yang dimuat naik (insert picture online) atau gambar yang telah disimpan gambar fail simpanan (file).

Peserta diberi penerangan fungsi guide dalam memudahkan penyusunan gambar dalam poster. Selain daripada itu,peserta diberi bimbingan untuk membuat tulisan poster menggunakkan insert text box dan wordchart bagi menghasilkan impak tulisan yang menarik. Bagi sesi pratikal,peserta telah diarahkan untuk menghasilkan poster yang menarik mengikut tema dengan mengaplikasikan pembelajaran mengikut kreativiti individu bagi menambahkan kefahaman peserta penggunaan microsoft publisher. Sebagai aktiviti tambahan, setiap poster yang telah dihasilkan oleh pelajar dibentang supaya rakan yang lain dapat melihat kreativiti poster masing-masing.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali