Kelas Asas Microsoft PowerPoint

8 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 7 March 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula pada pukul 14.00 petang hingga 17.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang merupakan pelajar dalam kawasan Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu. Kelas ini adalah bagi memberikan latihan ICT pada pelajar.

Peserta telah diberikan penerangan lengkap berkaitan dengan Microsoft PowerPoint secara teori. Selain itu, peserta juga dijelaskan dengan cara memanfaatkan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan pembentangan yang menarik dengan memanfaatkan fungsi yang terdapat pada Microsoft PowerPoint. Antaranya adalah seperti Table, Picture, Shapes, SmartArt, Chart, WordArt, Text box dan sebagainya. Selain itu, bidang yang disentuh juga adalah seperti cara mengoperasikan PowerPoint termasuk paparan Reben, Quick Access Toolbar dan Backstage view. Di samping itu, peserta juga telah dedahkan dengan cara menghasilkan design atau tema, transition, animation dan penggunaan slide notes. Tambahan pula, bagi sesi praktikal peserta telah diarahkan untuk membuat latihan menghasilkan slaid pembentangan secara dalam kumpulan. Sebagai aktiviti tambahan, peserta telah diarahkan untuk melakukan pembentangan secara dalam kumpulan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali