Program ICT bersama Giatmara (Kelas Ms Powerpoint)
1 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada Selasa – 31 Januari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula pada pukul 14.00 petang hingga 17.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang merupakan pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu. Kelas ini adalah bagi memberikan latihan ICT pada pelajar baharu Giatmara Lubok Antu bagi tahun 2023.
Pada sesi kedua dalam kelas Microsoft Powerpoint ini, peserta telah diberikan asas pengenalan kepada tajuk secara teori. Selain itu, peserta juga dijelaskan dengan cara memanfaatkan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan pembentangan yang dinamik. Antara bidang yang disentuh dalam sesi ini adalah seperti cara mengoperasikan PowerPoint termasuk paparan Reben, Quick Access Toolbar dan Backstage view. Di samping itu, peserta juga diajar cara menghasilkan dan menyimpan dokumen, memasukan jadual, gambar,bentuk, carta dan word art. Peserta juga telah dedahkan dengan cara menghasilkan design atau tema, transition, animation dan penggunaan slide notes. Tambahan pula, bagi sesi praktikal peserta telah diarahkan untuk membuat latihan menghasilkan slaid pembentangan yang autentik.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Microsoft PowerPoint secara teori
- Penerangan cara menghasilkan slaid auntentik
- Proses menghasilkan surat rasmi secara praktikal
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: