Program MyFutureJobs Perkeso bersama Giatmara

11 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 10 Februari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan Program MyFutureJobs bersama Perkeso Lubok Antu yang berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Kelas ini telah disertai oleh seramai 15 orang peserta yang merupakan pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Program ini diadakan adalah bagi memberikan sokongan pekerjaan daripada pegawai Perkeso kepada pelajar Giatmara Lubok Antu. Dalam program ini peserta telah di perkenalkan dengan portal MyFutureJobs dan diterangkan dengan terperinci tentang fungsi Perkeso. Selain itu, peserta juga telah dibimbing dalam mendaftar dan mengisi maklumat pada portal MyFutureJobs. Disamping itu, peserta juga diajar cara memohon perkerjaan menggunakan portal ini.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali