Program Klik Dengan Bijak (Penipuan Internet)

11 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 10 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Lubok Antu telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak bersama dengan pelajar Giatamara Lubok Antu. Ceramah tersebut telah diadakan selama 1 jam bermula pada pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang. Ceramah tersebut telah diadakan di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Lubok Antu dan disertai seramai 15 orang peserta.

Tujuan Program Klik Dengan Bijak pada kali ini untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bagaimana penipuan internet boleh berlaku. Program dimulakan dengan sesi pengenalan maksud Klik Dengan Bijak , dimana staf PEDi telah menyampaikan ceramah mengenai Klik Dengan Bijak berkiatan penipuan internet. Bagi menambah pengetahuan Klik Dengan Bijak-Penipuan Internet pelajar ditayangkan sebuah video penipuan internet.

Selesai dengan tayangan video Klik Dengan Bijak –Penipuan Internet, pelajar diterangkan dengan lebih jelas contoh situasi kes penipuan internet yang sering terjadi mengikut peredaran masa dan sesi soal jawab dibuka untuk pelajar berkaitan tajuk Klik Dengan Bijak-Penipuan Internet. Sebagai tambahan, program telah diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penyertaan dan hadiah kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik sepanjang dua minggu program berlangsung.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali