Kelas Asas Microsoft Excel - Jadual Dan Tugasan
9 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada Rabu – 8 March 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula pada pukul 14.00 petang hingga 17.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang merupakan pelajar dalam kawasan Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu. Kelas ini adalah bagi memberikan latihan ICT pada pelajar. Peserta telah diberikan penerangan lengkap berkaitan dengan Microsoft Excel secara teori.
Selain itu, peserta juga dijelaskan cara penggunaan Microsoft Excel untuk menghasilkan jadual dan tugasan yang menarik dengan menggunakan fungsi yang terdapat pada Microsoft Excel. Antaranya adalah seperti toolbar, borders, middle align,bold,merge and centre, wrap text, dan sebagainya. Selain itu, bidang yang disentuh juga adalah seperti cara menukar jenis dan saiz tulisan yang mereka inginkan menggunakan theme font. Di samping itu, peserta juga telah diberi pendedahan cara mewarnakan tajuk dan isi jadual untuk membezakan setiap isi kandungan jadual menggunakan fill colour. Tambahan pula, bagi sesi praktikal peserta telah diarahkan untuk membuat latihan menghasilkan jadual dan tugasan individu. Sebagai aktiviti tambahan, peserta diberi penerangan bagaimana untuk membuat jadual dan tugasan lebih daripada satu dengan menambah sheet baru dalam fail excel yang sama.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Microsoft Excel secara teori.
- Proses menghasilkan jadual dan tugasan individu.
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: