Program ICT bersama Giatmara Kelas Ms Excel (Cara Asas Pengiraan Untung Bersih Dan Kasar)
3 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada Khamis – 2 Februari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula pada pukul 14.00 petang sehingga 17.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 17 orang peserta yang merupakan pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas asas Microsoft Excel ini adalah bagi memberikan latihan ICT cara asas pengiraan untung bersih dan kasar pelajar baharu Giatmara Lubok Antu bagi tahun 2023. Pada sesi pertama dalam kelas Microsoft Excel ini, peserta telah diberikan asas pengenalan kepada tajuk secara teori.
Topik utama dalam kelas tersebut memberi pengetahuan tentang penggunaan asas Microsoft Excel dan bagaimana mendapatkan pengiraan untung kasar dan bersih. Para pelajar telah diperkenalkan dengan sedikit penerangan seperti cara untuk membuat dokumen excel yang baru. Pelajar juga diperkenalkan dengan setiap komponen yang terdapat di dalam Microsoft Excel seperti fon, reka bentuk, susun atur halaman dan format sebagai permulaan untuk mereka membiasakan diri sepanjang kelas tersebut berlangsung. Pelajar didedahkan cara penggunaan butang sama dengan dan jumlah bagi mendapatkan hasil pengiraaan sama ada tolak ,bahagi atau tambah. Di samping itu, setiap pelajar juga digalakkan untuk membuat jadual yang ringkas tetapi padat sebagai latihan untuk memudahkan mereka memahami fungsi setiap komponen yang telah diajar. Sebagai tambahan, pelajar turut diberikan contoh sebagai rujukan mereka untuk menghasil Microsoft Excel seperti jadual.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Microsoft Excel
- Langkah untuk membuat dokumen baru
- Latihan membuat jadual menggunakan Excel
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: