Program Keusahawanan Bersama Giatamara (Kaedah Pemasaran Digital)
9 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada Rabu - 8 Februari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan progam keusahawanan yang berlangsung selama 1 hari iaitu pada pukul 0900 pagi sehingga 1200 tengahari bagi sesi pagi dan bermula pada pikul 1400 petang sehingga 1700 petang bagi sesi petang. Program ini adalah kerjasama diantara PEDi Lubok Antu dan Rakan Digital PEDi Lubok Antu bagi memberi latihan keusahawanan iaitu Kaedah Pemasaran Digital untuk pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini dihadiri oleh 16 orang pelajar Giatmara Lubok Antu dan diadakan di Bilik Latihan PEDi Lubok Antu.
Program keusahawanan pada kali ini adalah bagi mendedahkan peserta tentang perniagaan menggunakan Kaedah Pemasaran Digital iaitu Facebook Pages. Pada sesi pertama dalam program Facebook Pages , peserta telah diberikan taklimat fungsi facebook pages untuk perniagaan, jenama dan promosi. Dalam taklimat ini juga, para peserta diberi penerangan mengenai facebook pages adalah salah satu platform khas yang digunakan untuk memperkenalkan perniagaan. Bagi sesi petang, para pelajar diberi bimbingan nagaimana menghasilkan facebook pages bagi produk perniagaan mereka. Para pelajar diarahkan untuk menghasilkan ayat copywriting bagi mengaplikasikan topik yang mereka telah pelajari sebelumnya.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada platform Kaedah Pemasaran Digital-Facebook Pages secara teori.
- Penerangan bagaimana fungsi Kaedah Pemasaran Digital-Facebook Pages.
- Proses menghasilkan facebook pages.
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: