Program Klik Dengan Bijak (Buli Siber)

11 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 10 March 2023, Pusat Ekonomi Digital Lubok Antu telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak bersama dengan pelajar sekitar kawasan Lubok Antu. Ceramah tersebut telah diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 11 pagi. Ceramah tersebut telah diadakan di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Lubok Antu dan disertai seramai 14 orang peserta. Tujuan Program Klik Dengan Bijak pada kali ini untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bagaimana buli siber boleh berlaku. Program dimulakan dengan slaid Klik Dengan Bajik , dimana staf PEDi telah menyampaikan ceramah mengenai Klik Dengan Bijak berkaitan maksud,jenis,kesan,cara dan tips buli siber.

Bagi menambah pengetahuan topik Klik Dengan Bijak-Buli Siber pelajar ditayangkan sebuah video yang menunjukkan bagaimana buli siber berlaku. Selesai dengan tayangan video Klik Dengan Bijak–Buli Siber, pelajar diberi penerangan dengan lebih jelas contoh situasi kes buli siber yang sering berlaku menurut isu semasa dan sesi soal jawab dibuka untuk pelajar berkaitan tajuk Klik Dengan Bijak-Buli Siber. Sebagai tambahan, peserta telah diberi tugasan untuk menyelesaikan teka silang kata berkaitan Klik Dengan Bijak-Buli Siber secara berkumpulan, tugasan ini bagi memupuk semangat berkumpulan dan kerjasama dikalangan mereka. Selain daripada itu, tugasan ini juga bertujuan meningkat daya menyelesaikan masalah dikalangan pelajar.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali