Program Keusahawanan bersama Giatmara (Asas Perniagaan Digital dan Copywriting)
7 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada Isnin – 6 Februari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan Program Keusahawanan hasil kerjasama dengan PEDi PPR Batu Gong. Program ini telah berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula pada pukul 14.00 petang hingga 17.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang merupakan pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.
Pada sesi pagi peserta telah didedahkan dengan topik asas perniagaan digital. Antara yang dikongsikan adalah seperti proses pendaftaran syarikat melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) khususnya untuk peniaga yang ingin berniaga secara dalam talian dan melalui pejabat daerah untuk kegunaan pendaftaran kedai fizikal. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan kepentingan untuk mendaftar syarikat serta perkngsian berkaitan jenis-jenis perniagaan berdasarkan undang-undang serta jenis-jenis perniagaan berdasarkan fungsi. Dalam masa sama, peserta juga didedahkan dengan struktur perniagaan digital serta kelebihan dan kelemahan menjalankan perniagaan secara digital. Untuk aktiviti selingan, mereka dibawa untuk menjawab kuiz kahoot untuk menilai tahap pemahaman peserta.
Selain itu, bagi sesi petang pula peserta telah diajar berkenaan dengan asas copywriting yang perlu digunakan untuk mempromosi produk di pelbagai platform digital. Perkongsian bermula dengan menerangkan konsep copywriting berteraskan 7 elemen penulisan. Seterusnya peserta juga didedahkan dengan contoh penulisan untuk kesemua elemen tersebut. Dalam masa sama, peserta dibawa untuk melihat contoh penulisan copywriting yang memenuhi kesemua elemen tersebut di platform Facebook Page. Sebagai latihan penulisan, peserta dibimbing untuk menghasilkan ayat copywriting yang akan digunakan untuk mempromosikan produk yang akan dijual di platform digital.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada asas aerniagaan aigital
- Kuiz Kahoot berkaitan dengan tajuk
- Pengenalan kepada asas copywriting
- Proses latihan menghasilkan copywriting oleh peserta
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: