Program Keusahawanan bersama Giatmara (E-Learning Canva & Gmail)

8 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 7 Februari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas E-Learning yang berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula pada pukul 14.00 petang hingga 17.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang merupakan pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Pada sesi pagi peserta telah didedahkan dengan penghasilan logo syarikat, bisnes kad dan kad penghargaan menggunakan aplikasi Canva. Dalam kelas ini peserta telah diajar cara memilih templat, memasukkan tulisan, menukar warna tulisan dan latar belakang, memasukkan bentuk serta memuat naik gambar ke dalam canva. Manakala bagi sesi petang pula peserta telah di arahkan untuk menghasilkan akaun gmail peribadi. Peserta telah dibimbing dalam proses pendaftaran akaun, log masuk serta ditunjukkan cara memanfaatkan gmail untuk menghantar dokumen, gambar dan sebagainya.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali