Kelas Asas Ms Power Point (Mencipta Bentuk Animasi)

8 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 7 Disember 2023 PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas asas ICT bersama dengan seorang pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Lubok Antu. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu dari pukul 2:00 petang hingga 3:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi memberikan latihan ICT pada pelajar. Peserta telah diberikan penerangan lengkap berkaitan dengan Microsoft PowerPoint secara teori. Selain itu, peserta juga dijelaskan dengan cara memanfaatkan fungsi yang terdapat pada Microsoft PowerPoint. Antaranya adalah seperti Table, Picture, Shapes, SmartArt, Chart, WordArt, Text box dan sebagainya. Selain itu, bidang yang disentuh juga adalah seperti cara mengoperasikan PowerPoint termasuk paparan Reben, Quick Access Toolbar dan Backstage view. Di samping itu, peserta juga telah dedahkan dengan cara menghasilkan design atau tema, transition, animation dan penggunaan slide notes. Tambahan pula, bagi sesi praktikal peserta telah diarahkan untuk membuat latihan menghasilkan animasi bagi memastikan dan mengalakkan peserta mengekplorasi Microsoft PowerPoint.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Microsoft PowerPoint secara teori.
2. Penerangan cara menggunakan jadual, gambar, bentuk, smartArt, carta, WordArt, Text Box.
3. Proses menghasilkan animasi.
4. Bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali