Kelas Asas Microsoft Publisher-Dekorasi Kad Krismas

8 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 7 Disember 2023 PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas asas ICT bersama dengan seorang pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Lubok Antu. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu dari pukul 4:00 petang hingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah atas permintaan pelajar dengan tujuan dapat membantu mereka melengkapkan tugasan sekolah. Peserta telah diberikan penerangan lengkap berkaitan dengan Microsoft Publisher secara teori. Selain itu, peserta juga dijelaskan dengan cara penggunaan Microsoft Publisher untuk menghasilkan dekorasi kad krismas yang menarik mengikut musim festival yang akan datang. Dekorasi kad krismas yang dihasilkan mengikut perkembangan terkini dengan memanfaatkan fungsi yang terdapat pada ribbon yang ada pada Microsoft Publisher. Antaranya adalah seperti page design-background,format background, WordArt,text box dan sebagainya. Bagi permulaan peserta,diberi pilihan untuk membuat dekorasi kad krismas samaada dalam paparan menegak(potrait) atau melintang(landscape). Seterusnya ,peserta diberi penerangan langkah untuk membuat latar belakang dekorasi kad krismas dengan menggunakan gambar yang dimuat naik (insert picture online) atau gambar yang telah disimpan gambar fail simpanan (file). Peserta diberi penerangan fungsi guide dalam memudahkan penyusunan gambar dalam dekorasi kad krismas. Selain daripada itu,peserta diberi bimbingan untuk membuat tulisan dekorasi kad krismas menggunakkan insert text box dan wordchart bagi menghasilkan impak tulisan yang menarik. Peserta telah melengkapkan tugasan sekolah dengan menghasilkan dekorasi kad krismas yang menarik mengikut tema (perayaan krismas) dengan mengaplikasikan pembelajaran mengikut kreativiti peserta untuk menambahkan kefahaman peserta penggunaan microsoft publisher.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Microsoft Publisher secara teori.
2. Penerangan cara menghasilkan dekorasi kad krismas.
3. Proses menghasilkan dekorasi kad krismas secara praktikal.
4. Bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali