Kelas E-Learning (IYRES)-Institute For Youth Research Malaysia
7 Disember 2023 | Aktiviti Terkini
Pada Rabu – 6 Disember 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang bersama dengan seorang peserta juga merupakan penduduk tempatan sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini berlangsung selama satu jam bermula pagi 4.00 petang hingga 5.00 petang . Kelas ini diadakan bertempat di bilik latihan PEDi Lubok Antu.
Kelas E-Learning pada kali ini bertujuan mendedahkan peserta dengan langkah-langkah mendaftar akaun emel gmail untuk kegunaan mengakses akaun IYRES(Intitute For Youth Research Malaysia) bagi tujuan penyelidikan mereka. Hub data IYRES merupakan pengurusan dan pengumpulan data berkaittan Profil Belia Negara dan pengelibatan belia dalam pelaksanaan penyelidikkan secara in-situ dibawah projek IYRES Community Enumerator (ICE) yang dulu dikenai sebagai Intitusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM) merupakan sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Peserta merupakan salah seorang sukarelawan yang dilantik untuk membuat penyelidikkan disekitar Lubok Antu untuk melihat sejauh mana kualiti belia di sekitar Lubok Antu. Peserta diberi penerangan langkah-langkah dengan mencari daftar akuan emel pada paparan gmail. Seterusnya peserta dibimbing, untuk mengisi maklumat penting iaitu alamat emel dan menyimpan kata laluan keselamatan. Petugas PEDi memberikan panduan cara untuk membuka akaun emel gmail yang telah didaftar menggunakan alamat emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada akaun emel IYRES(Intitute For Youth Research Malaysia) .
2. Langkah-langkah mendaftar akaun emel IYRES (Intitute For Youth Research Malaysia) .
3. Panduan membuka emel yang telah didaftarkan.
4. Bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: