Kelas ICT-Ms Word ( Format Surat Rasmi)

3 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 2 November 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 2:00 petang hingga 3:00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta yang merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 SMK Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi memberikan latihan ICT pada komuniti Lubok Antu. Peserta telah diberikan asas pengenalan kepada tajuk secara ringkas. Antara bidang yang disentuh dalam sesi ini adalah seperti cara membuka Word, membuat dokumen baru, memilih templat dan mengakses dokumen. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan fungsi yang terdapat pada ribbon, fungsi quick access toolbar, backstage view, paparan dokumen dan zoom in/out. Di samping itu, peserta juga telah diajar cara membuka dokumen baru serta cara menghasilkan dan menyimpan dokumen. Sebagai tambahan, bagi peserta telah diarahkan untuk menghasilkan surat rasmi sebagai aktiviti praktikal selepas mendapatkan penerangan secara terperinci serta mendapatkan bimbingan langsung daripada staf yang bertugas.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Microsoft Word secara teori.
2. Penerangan cara menghasilkan surat rasmi.
3. Proses menghasilkan surat rasmi secara teori.
4. Bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali