Asas Microsoft Word

9 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 8 March 2022, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung dari pukul 10:30 pagi hingga 11:30 pagi. Kelas yang berlangsung selama 1 jam tersebut telah diadakan secara live menggunakan laman Facebook rasmi PEDi Lubok Antu. Kelas ini adalah untuk mengetengahkan cara menghasilkan kepala surat (Letterhead) menggunakan Microsoft Word.

Dalam kelas ini, peserta telah didedahkan dengan cara menggunakan butang-butang yang terdapat pada ribbon Microsoft Word untuk menghasilkan kepala surat yang menarik. Para peserta telah diajarkan cara menggunakan butang insert seperti Shapes, WordArt, Symbol dan cara memuat masuk gambar daripada desktop mahupun secara online. Selain itu, peserta juga ditunjukkan dengan cara menggunakan butang watermark yang. Tambahan pula, peserta juga ditunjukkan dengan cara menukar font tulisan, warna, cara mengubah margins dan saiz seperti yang diperlukan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali