Program PEDi Lubok Antu Bersama Usahawan – Menghasilkan Pelekat Produk

24 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 23 April 2022, PEDi Lubok Antu telah melaksanakan Program bersama dengan usahawan di sekitar kawasan Lubok Antu. Program menghasilkan pelekat produk telah berlangsung bermula dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Lubok Antu. Program ini telah melibatkan seramai 10 orang usahawan PEDi Lubok Antu.

Dalam program ini, peserta telah didedahkan dengan cara memanfaatkan Microsoft Word dalam menghasilkan pelekat produk yang merupakan salah satu bahan promosi yang berkesan dalam perniagaan. Selain itu, peserta telah diterangkan secara ringkas tentang pelekat produk dan peserta juga dijelaskan tentang kebaikan pelekat produk. Di samping itu, peserta diarahkan dengan cara menggunakan butang bentuk, cara memuat masuk gambar, menghasilkan tulisan dalam pelekat yang telah di reka dan menukar warna serta garisan mengikut keperluan tersendiri.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali