Cara Mendaftar & Meniaga di Shopee
31 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada rabu – 30 Mac 2022, PEDi Lubok Antu telah membuat satu perkongsian tentang cara mendaftar & meniaga menggunakan sebuah platform e-dagang iaitu Shopee. Perkongsian tersebut telah diadakan di Facebook rasmi Pusat Ekonomi Digital Lubok Antu. Objektif perkongsian tersebut adalah untuk memberi pengetahuan kepada pengguna terutamanya para usahawan yang ingin memulakan perniagaan melalui Shopee.
Selain itu, keutamaan juga turut diberikan kepada fungsi-fungsi yang terdapat di seller centre untuk memudahkan peniaga mengatur setiap penjualan mereka di Shopee. Kini, peniaga boleh mendaftar untuk berniaga di Shopee hanya di hujung jari. mDengan mendaftar dan menjual di Shopee pada masa kini amatlah berbaloi kerana ramai pembeli yang lebih gemar untuk membeli belah di Shopee berbanding platform lain kerana mudah, cepat dan selamat dengan adanya sistem di Shopee untuk melindungi penjual dan pembeli dari tertipu.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Cara mendaftar akaun Shopee
- Penjelasan fungsi di seller centre
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: