Program Usahawan PEDi (Go Digital)
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu – 23 April 2022, PEDi Lubok Antu telah melaksanakan Program bersama dengan usahawan di sekitar kawasan Lubok Antu. Program yang berlangsung selama 1 jam itu telah dihadiri oleh seramai 10 orang usahawan. Program tersebut dijalan dengan jayanya bertempat di bilik latihan PEDi Lubok Antu bermula jam 11:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi bimbingan kepada para usahawan bagaimana cara untuk membuat permohonan geran digital khas. Geran ini bertujuan untuk membantu usahawan Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) dalam mendigitalkan perniagaan mereka. Inisiatif Go Digital Sarawak telah diumumkan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan dalam Bantuan Khas Sarawakku Sarawak (BKSS) 5.0 Melalui inisiatif tersebut, PKS yang terbabit dalam Keusahawanan Digital berpeluang mendapatkan geran untuk pembelian perkakasan dengan nilai sehingga RM 10,000.00. Selain daripada itu, Go Digital Sarawak juga dapat membantu usahawan PKS yang terjejas kerana pandemik. Di samping itu juga, bantuan ini dilihat dapat memperkasakan usahawan celik digital di Sarawak dan untuk merealisasikan usaha Kerajaan Negeri ke arah digitalisasi. Program tersebut telah diadakan dengan jayanya dan usahawan juga telah membuat permohonan untuk perniagaan mereka.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Go Digital Sarawak
- Soalan lazim tantang Go Digital Sarawak
- Cara untuk memohon Go Digital Sarawak
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: