Program PEDi Bersama Usahawan – Menghasilkan Rekod Jualan
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu – 23 April 2022, PEDi Lubok Antu telah melaksanakan Program bersama dengan usahawan di sekitar kawasan Lubok Antu. Program yang berlangsung bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan PEDi tersebut telah melibatkan seramai 10 orang usahawan PEDi Lubok Antu. Pada kali ini, staff PEDi telah memberi bimbingan kepada para peserta untuk menghasilkan rekod jualan menggunakan perisian Microsoft Word.
Objektif utama program tersebut adalah untuk mengalakkan para usahawan datang ke PEDi Lubok Antu untuk mendapatkan sebarang bantuan dalam perniagaan mereka serta memanfaatkan servis yang disediakan di PEDi. Selain daripada itu, program seperti ini juga dapat dilihat untuk mengembangkan perniagaan mereka ke arah perniagaan digitalisasi. Sepanjang program tersebut berlangsung, peserta telah diperkenalkan dengan kelebihan serta manfaat membuat rekod jualan dalam perniagaan. Antaranya ialah dapat membuat plan strategi baru, membantu dalam mengawal selia kadar perkembangan dan keuntungan, menunjukkan sekiranya ada berlaku kos tersembunyi dan lain-lain. Program seperti ini juga secara tidak langsung dapat membantu peserta mempelajari cara untuk menggunakan perisisan MS Word. Program tersebut berlangsung dengan jayanya dan peserta juga dapat menghasilkan rekod jualan masing-masing.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada rekod jualan
- Penerangan ringkas kepentingan rekod jualan
- Cara untuk menghasilkan rekod jualan
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: