Asas Microsoft Powerpoint

17 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 16 Ogos 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 1 jam tersebut telah disertai oleh 3 orang pelajar SMK Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu. Kelas ini adalah bagi membantu pelajar menyiapkan slaid pembentangan sempena bulan Kemerdekaan. Pelajar telah diajar cara memilih slaid layout yang bersesuaian. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan cara memasukan slaid tambahan, memasukan gambar secara atas talian dan daripada komputer, cara menukar design slaid serta menukar jenis dan saiz tulisan. Tambahan pula, pelajar telah diarahkan dengan cara menyimpan slaid dengan betul di dalam komputer. Mereka juga diajar cara menamakan slaid untuk memudahkan mereka merujuk kembali slaid yang telah dihasilkan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali