Kelas Asas Microsoft Excel

5 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 4 Disember 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah disertai oleh 4 orang peserta. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu. Kelas ini adalah bagi menjelaskan peserta dengan cara menghasilkan jadual menggunakan Microsoft Excel.

Dalam kelas ini peserta telah diajar cara memasukkan jadual dan cara menggunakan butang insert cells, sheet rows, sheet columns mahupun insert sheet. Selain itu, peserta juga diarahkan dengan cara menukar warna pada cells, cara memanfaatkan format cell dan autosum serta diterapkan dengan cara mengatur kedudukan jadual. Disamping itu, staf juga membimbing peserta dalam menguasai copy paste data menggunakan Excel dengan cara yang betul dan menerangkan mereka dengan cara menambahkan new sheet serta cara untuk hide mahupun unhide columns atau jadual.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali