Asas Microsoft Powerpoint

5 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 4 November 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah disertai oleh 4 orang peserta. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi membantu peserta menguasai cara menghasilkan slaid pembentangan yang estetik. Peserta juga diajar cara memanfaatkan butang bentuk dan warna yang terdapat pada Microsoft PowerPoint untuk mewujudkan slaid yang estetik. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan butang SmartArts, Text Box, Slide Number, Background Color dan lain-lain. Sebagai aktiviti tambahan, peserta telah diberikan penerangan ringkas dan menonton video Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Microsoft PowerPoint
2. Proses menghasilkan slaid estetik
3. Penerangan ringkas dan tayangan video Klik Dengan Bijak
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali