Kelas Asas Multimedia

17 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 26 Julai 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas asas multimedia. Kelas ini telah dihadiri oleh 2 orang usahawan PEDi Lubok Antu. Kelas ini berlangsung selama dua jam bermula dari jam 2:30 petang hingga jam 4:30 petang. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Dalam kelas ini, usahawan telah diajar cara yang betul dalam fotografi untuk gambar dan video. Antara perkara yang diterapkan dalam kelas tersebut adalah seperti jenis dan fungsi pencahayaan, teknik penggunaan flash, komposisi dan sudut pengambilan gambar (angle photo) untuk menghasilkan gambar serta video yang menarik. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan cara membuat poster jualan menggunakan aplikasi canva bagi tujuan promosi di media sosial

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Sesi Pengenalan kepada tajuk.
2. Kelas asas multimedia secara teori.
3. Proses fotografi dan penyuntingan.
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali