Program Klik Dengan Bijak – Online Grooming

29 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 28 Januari 2022, PEDi Lubok Antu telah melaksanakan Program Klik Dengan Bijak iaitu Online Grooming dengan kerjasama dari PEDi Batu Gong, PEDi Engkilili dan PEDi Melugu secara atas talian di Facebook Page rasmi PEDi Lubok Antu menggunakan aplikasi streamyard. Program yang berlangsung dari pukul 15:00 petang hingga 16:00 petang.

Objektif program ini adalah bagi menerapkan kesedaran terhadap isu pengantunan kanak-kanak dalam kalangan komuniti. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan taktik dan cara memilih mangsa yang biasa digunakan oleh pemangsa. Peserta juga dijelaskan dengan tanda-tanda yang terdapat pada kanak-kanak yang menjadi mangsa pengantunan dan contoh perbuatan pengantunan atas talian. Di samping itu, peserta telah diterangkan dengan jenayah sexting dan kesannya terhadap mangsa. Tambahan pula, Ibu Bapa dan Penjaga juga dijelaskan dengan peranan dan tindakan yang perlu diambil bagi mencegah masalah pengantunan kanak-kanak.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Online Grooming
2. Menerangkan taktik yang digunakan oleh pemangsa
3. Mendedahkan peranan Ibu Bapa dan Penjaga
4. Menjelaskan tanda-tanda awal mangsa pengantunan atas talian
5. Menunjukkan contoh perbuatan pengantunan kanak-kanak
6. Menyatakan kesan sexting terhadap mangsa
7. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali