Asas Microsoft Publisher

27 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 26 Jun 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas asas Microsoft Publisher hasil daripada kerjasama bersama PEDi Batu Gong. Kelas tersebut telah berlangsung dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang dihadiri oleh 1 orang pelajar sekolah menengah. Kelas yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah diadakan menggunakan aplikasi Google Meet.

Kelas ini adalah untuk mengetengahkan cara pengoperasian Microsoft Publisher dalam menghasilkan tugasan. Peserta telah didedahkan dengan fungsi asas yang terdapat dalam Microsoft Publisher seperti tab ribbon, ruler, guideline dan kegunaan backstage view. Selain itu, peserta juga diajar cara memasukan teks, masukkan bentuk, objek dan gambar. Tambahan pula, peserta telah diarahkan untuk membuat 3 jenis latihan bagi tujuan menerapkan apa yang telah dipelajari pada kelas tersebut.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Microsoft Publisher
2. Menghasilkan latihan menggunakan Microsoft Publisher
3. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali