Asas Microsoft Publisher

25 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 26 March 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung dari pukul 10:30 pagi hingga 11:30 pagi. Kelas yang berlangsung selama 1 jam tersebut telah diadakan secara live menggunakan laman Facebook rasmi PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah untuk mendedahkan cara memanfaatkan Microsoft Publisher dalam menghasilkan pelekat produk. Dalam kelas ini peserta telah di perkenalkan dengan cara menggunakan bentuk, garisan, tulisan dan warna untuk memperindahkan dan menghasilkan pelekat produk yang menarik. Selain itu, margin dan saiz juga merupakan antara aspek yang dipertengahkan dalam kelas ini. Kelas ini diharapkan dapat memberi idea kepada para usahawan setempat dalam mempercantikkan bungkusan produk mereka.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Pelekat Produk
2. Menghasilkan Pelekat Produk menggunakan Microsoft Publisher
3. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali