Microsoft Excel (Formula Darab, Bahagi, Tolak & Tambah)

27 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada rabu – 26 Januari 2022, PEDi Lubok Antu telah membuat satu tutorial untuk topik Microsoft Excel dengan memberi fokus kepada Formula yang terdapat dalam perisian tersebut. Tutorial tersebut telah disiarkan di Facebook Page rasmi PEDi Lubok Antu.

Objektif utama program ini ialah untuk mengalakkan para komuniti di sekitar kawasan Lubok Antu memanfaatkan PEDi sebagai tempat untuk belajar mengenali ICT secara percuma. Selain daripada itu, ianya juga bertujuan untuk memupuk minat mereka belajar ICT. Di samping itu juga, peserta dapat menaip sintak formula secara manual, menaip sintak formula menggunakan Insert Function dan enggunakan sintak formula yang berkaitan pengendalian data. Untuk tutorial MS Excel pada kali ini, formula yang dipelajari adalah darab, bahagi, tolak dan tambah. Microsoft Excel menjadi pilihan ramai untuk kegunaan analisis mudah dan menjadi keperluan pejabat hari ini. Perisian ini berupaya memproses data secara automatik yang boleh dalam bentuk pengiraan asas, formula, penggunaan fungsi, pemprosesan data dan jadual, grafik dan pengurusan data

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali