Kelas Asas Microsoft Word (Minit Mesyuarat)

23 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 22 November 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas Asas Microsoft Word iaitu Kelas Minit Mesyuarat. Kelas ini diadakan selama 2 jam iaitu pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Kelas ini disertai oleh 1 orang peserta yang merupakan setiausaha rumah panjang dalam sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini merupakan lanjutan daripada kelas sebelumnya dan diadakan atas keperluan peserta yang meminta bimbingan staf PEDi Lubok Antu dalam membuat minit mesyuarat. Selain itu, kelas ini lebih berfokus kepada penggunaan butang pada ribbon paragraph seperti bullets, numbering, multilevel list dan alignment paragraph. Disamping itu, peserta juga diarahkan dengan cara copy paste ayat dan diajar cara menggunakan change case. Tambahan pula, peserta telah didedahkan dengan cara memindahkan fail mahupun folder yang telah dibuat dalam destop kepada pemacu pena.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Microsoft Word
2. Proses menghasilkan minit mesyuarat
3. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali