Apa Itu E-Dagang
25 Mac 2022 | Aktiviti Terkini
Pada Khamis – 24 Mac 2022, PEDi Lubok Antu telah membuat satu perkongsian yang berkaitan dengan topik e-dagang. Perkongsian tersebut telah diadakan di Facebook page Pusat Ekonomi Digal (PEDi) Lubok Antu.
Objektif utama adalah untuk memberi pengetahuan tentang apa iaitu e-dagang dan kenapa ianya menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat. E-dagang atau e-commerce adalah proses membeli dan menjual produk dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan Internet. E-dagang merujuk kepada kedua-dua runcit dan membeli-belah dalam talian serta transaksi elektronik. E-dagang merupakan satu platform yang sangat mudah untuk membandingkan produk dan harga. Oleh kerana produk dijumpai dalam talian, produk tersebut disertakan dengan keterangan dan ciri, sehingga dapat dibandingkan dengan mudah, walaupun antara dua, tiga atau lebih kedai dalam talian. Selain itu, perkongsian itu juga turut menyentuh beberapa topik tambahan seperti contoh dan jenis e-dagang, produk e-dagang beserta dengan kelebihan dan kekurangan e-dagang.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Definisi e-dagang
2. Jenis model e-dagang
3. Contoh e-dagang
4. Kelebihan & kekurangan e-dagang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: