Kursus Latihan Pengendali Makanan (Sesi 2)

26 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 25 Februari 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kursus latihan pengendali makanan sesi ke 2 dengan kerjasama daripada pihak NZ Bunga venture. Kursus ini telah berlangsung selama 3 jam yang bertempat di bilik latihan PEDi Lubok Antu. Kursus ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat.

Program ini diadakan bagi mendedahkan komuniti setempat terutamanya usahawan makanan dalam daerah Lubok Antu tentang kepentingan latihan pengendalian makanan. Selain daripada itu, kursus ini adalah bertujuan untuk mengalakkan setiap pengusaha makanan mematuhi Perundangan Makanan Malaysia yang telah ditetapkan. Di samping itu, kursus ini merupakan salah satu syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kursus Latihan tersebut telah merangkumi empat sekysen utama iaitu pengenalan, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Para peserta telah diberikan kuiz dan setiap pemarkahan akan diambil kira untuk melahirkan budaya kerja yang cemerlang sebagai seorang pengendali makanan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan Kursus Latihan Pengendalian Makanan
2. Kebersihan makanan
3. Keselamatan makanan
4. Faktor-faktor kritikal keracunan makanan
5. Sesi soal jawab dan Kuiz
6. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali