e-Learning (WhatsApp Web, Zoom Meeting & Google Form)

26 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 25 Februari 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas e-Learning yang telah disertai oleh 3 orang peserta dalam kalangan komuniti Lubok Antu. Kelas ini berlagsung selama satu jam bermula dari jam 8:30 pagi hingga jam 9:30 pagi.

Kelas ini adalah bagi membantu para komuniti memanfaatkan kemudahan teknologi digital masa kini yang mampu memudahkan urusan. Selain itu, peserta telah didedahkan dengan cara yang betul untuk menggunakan Whatsapp Web. Peserta telah diajar cara untuk log masuk dan log keluar menggunakan aplikasi tersebut. Di samping itu, peserta telah ditunjukkan cara untuk membuka video dan pautan yang terdapat pada aplikasi tersebut. Peserta juga diterapkan dengan kemudahan aplikasi Zoom Meeting. Peserta ditunjukkan cara untuk menggunakan aplikasi ini untuk menyertai temuduga dan peserta telah dijelaskan dengan aplikasi Google Form. Tambahan pula, peserta dibimbing dalam kuiz menggunakan aplikasi Google Form dengan cara mendedahkan mereka cara membuka pautan, menekan butang bagi menjawab soalan dan cara untuk menghantar sekiranya telah menjawab semua soalan. Kelas ini diharapkan memberikan pengalaman dan pengetahuan yang baru untuk para peserta

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali