Asas Perniagaan Digital

26 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 18 Januari 2022, PEDi Lubok Antu telah melaksanakan program perkongsian untuk slot keusahawanan iaitu asas perniagaan digital dengan kerjasama dari PEDi Batu Gong dan PEDi Engkilili secara langsung di Facebook Page rasmi PEDi PPR Batu Gong menggunakan aplikasi streamyard. Program yang berlangsung dari pukul 15:00 petang hingga 16:00 petang.

Objektif program perkongsian ini adalah untuk mendedahkan asas perniagaan digital kepada masyarakat umum sekali gus menyarankan para peniaga atau usahawan di luar sana untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka. Dalam masa sama, panel juga turut menghebahkan kepada semua tentang kewujudan pusat ekonomi digital untuk membimbing dan memberi khidmat nasihat dalam usaha untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka ke peringkat e-dagang. Program juga memberi serba sedikit info tentang jenis-jenis perniagaan dan cara untuk mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pejabat Daerah jika perniagaan dijalankan di sarawak. Pada akhir perkongsian, panel juga membincangkan ikon usahawan digital yang telah berjaya menggunakan platform digital dalam memasarkan produk mereka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali