Taklimat SSM khas buat Usahawan Jana'Preneur & PEDi

25 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada rabu – 22 Mac 2022, PEDi Lubok Antu telah menyertai taklimat yang telah dianjurkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD CORP) bersama-sama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Taklimat tersebut juga turut disertai oleh para usahawan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara yang berlangsung secara dalam talian.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara. Taklimat tersebut banyak memberi maklumat yang dapat dimanfaatkan oleh para usahawan antaranya ialah peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan dengan SSM. Selain itu, kelebihan yang akan diperolehi jika anda mendaftar dengan SSM antaranya ialah ia akan membolehkan anda untuk menikmati bantuan yang disediakan agensi-agensi kerajaan seperti dalam bentuk geran untuk memulakan perniagaan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Kata aluan daripada panel
2. Perkongsian kelebihan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
3. Kod QR SSM BizTrust
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali