Tutorial Cara-cara Membuat Minit Mesyuarat

19 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 18 September 2022, Pusat Ekonomi Komuniti Digital Lubok Antu telah membuat tutorial Cara-cara Membuat Minit-Mesyuarat secara dalam talian di Facebook Pages PEDi Lubok Antu. Objektif tutorial adalah untuk mendedahkan kepada komuniti di sekitar Lubok Antu cara-cara membuat minit-mesyuarat bagi memberi pengetahuan kepada komuniti langkah-langkah yang padat dan ringkas semasa membuat minit mesyuarat.

Tutorial pendek ini menerangkan definisi sebuah minit mesyuarat,kepentingan fungsi minit mesyuarat dalam suatu pentadbiran ataupun organisasi. Selain daripada itu, tutorial pendek ini juga turut memberi pendedahan akan senarai perkara yang perlua ada untuk membuat minit mesyuarat seperti tajuk minit mesyuarat,tarikh minit mesyuarat diadakan,masa minit mesyuarat pada bila masa minit mesyuarat diadakan,tempat dimana minit mesyuarat diadakan dan siapakah individu yang menghadiri minit mesyuarat (ahli jawatankuasa/ahli biasa). Bukan itu sahaja, secara keseluruhan minit mesyuarat perlu mempunyai tentatif isi kandungan mesyuarat seperti pengenalan (tujuan minit mesyuarat diadakan), isi kandungan (perkara penting yang ingin dibincangkan dalam membuat minit mesyuarat) dan bahagian akhir dalam minit mesyuarat iaitu rumusan (bahagian penutup dalam minit mesyuarat). Tambahan juga tutorial pendek ini menyediakan contoh akan minit mesyuarat yang sedia sebagai rujukkan komuniti. Tutorial ini diharapakan dapat membantu memberikan sedikit informasi dan juga dapat dijadikan bahan rujukkan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali