Kelas e-Learning (Menghasilkan Logo Perniagaan menggunakan Canva)

20 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 19 Julai 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas e-Learning yang telah disertai oleh 2 orang peserta dalam kalangan komuniti Lubok Antu. Kelas ini berlagsung selama satu jam bermula dari jam 3:00 petang hingga jam 4:00 petang.

Kelas ini adalah bagi memenuhi keperluan dan permintaan peserta yang ingin menghasilkan logo perniagaan. Dalam kelas ini, peserta yang merupakan usahawan tempatan telah didedahkan dengan cara menghasilkan logo perniagaan menggunakan Canva. Selain itu, mereka juga diajar cara menukar jenis tulisan, latar belakang, warna dan memasukkan gambar yang diperlukan dalam menghasilkan logo. Peserta juga dibimbing dalam proses menghasilkan logo yang bersesuaian dengan jenis perniagaan dan memenuhi ciri-ciri logo yang menarik bagi mewakili perniagaan mereka. Tambahan pula, peserta juga telah diberikan bimbingan lansung dalam pendaftran perniagaan menggunakan aplikasi e-commerce seperti Shopee

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali