E-Learning – Pendaftaran Akaun Gmail

23 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 22 Mei 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan satu sesi kelas bersama dengan ahli PEDi. Kelas tersebut dijalankan selama 3 jam bermula pada 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Kelas tersebut diadakan bertempat di bilik Latihan PEDi dan telah dihadiri oleh 2 orang peserta yang merupakan usahawan Lubok Antu.

Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendekatan kepada peserta tentang kepentingan pengetahuan asas digital dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, kelas ini juga bertujuan untuk mendekatkan lagi kepentingan PEDi dalam membantu para usahawan Lubok Antu untuk membangunkan perniagaan mereka kepada ekonomi digital. Antara aktiviti yang telah dilakukan sepanjang kelas berlangsung ialah membuka akaun email seperti pendaftaran, cara untuk menaip menggunakan email, mengenalpasti jenis kata laluan yang selamat digunakan dan cara untuk membaik pulih email sekiranya peserta terlupa dengan kata laluan mereka. Di samping itu juga, peserta juga turut dimaklumkan dengan isu-isu keselamatan seperti kecurian maklumat peribadi dan spamming. Kelas yang berlangsung selama tiga jam tersebut telang berlangsung dengan jayanya dan peserta berjaya untuk membuka akaun email sendiri

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali