Taklimat Kesedaran Bahaya “Scam” dan Akaun Tumpang Bersama Bank Rakyat Matang Jaya

21 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 18 Mac 2022, PEDi daripada zon Sarawak dengan kerjasama dengan Bank Rakyat telah melaksanakan program taklimat kesedaran bahaya “scam” dan akaun tumpang. Program ini juga turut disertai oleh orang luar dan diadakan secara dalam talian.

Objektif taklimat bertujuan dan bermatlamat bagi mendedahkan kepada masyarakat amnya mengenai bahaya “scam” dan akaun tumpang. Pelbagai input dan video telah dikongsi bersama oleh Puan Norazlin binti Satar iaitu Pegawai Eksekutif Cawangan Bank Rakyat Matang Jaya mengenai topik yang dikongsikan.

Kelebihan program ini ialah dapat membuka mata masyarakat atau komuniti amnya bahawa penipuan atau “scam” merupakan jenayah komersil yang serius dan boleh membawa kepada kemudaratan kepada mangsa penipuan tersebut.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada topik
2. Perkongsian taklimat Kesedaran Bahaya “Scam” dan Akaun Tumpang
3. Sesi soal & jawab
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali