Kursus Latihan Pengendali Makanan (Sesi 1)

20 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 19 Februari 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kursus latihan pengendali makanan dengan kerjasama daripada pihak NZ Bunga venture. Kursus ini telah berlangsung selama 3 jam yang bertempat di bilik latihan PEDi Lubok Antu. Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama telah dihadiri seramai 4 orang terdiri daripada komuniti setempat.

Objektif program ini adalah bagi menerapkan kesedaran tentang kepentingan latihan pengendalian makanan terutamanya kepada para usahawan makanan. Hasil daripada kursus tersebut, peserta turut diberikan sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kementerian kesihatan Malaysia dan sah untuk digunakan seumur hidup. Selain daripada itu, kursus ini juga bertujuan untuk mengalakkan setiap pengusaha makanan sentiasa mematuhi Perundangan Makanan Malaysia yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, kursus ini penting sebagai syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kursus Latihan tersebut telah merangkumi empat sekysen utama iaitu pengenalan, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta juga telah diberikan kuiz dan setiap pemarkahan akan diambil kira untuk melahirkan budaya kerja yang cemerlang sebagai seorang pengendali makanan yang unggul. Kursus tersebut telah berlangsung dengan jayanya.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan Kursus Latihan Pengendalian Makanan
2. Kebersihan makanan
3. Keselamatan makanan
4. Faktor-faktor kritikal keracunan makanan
5. Sesi soal jawab dan Kuiz
6. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali