e-Learning (WhatsApp Web & Zoom Meeting)

20 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 19 Februari 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas e-Learning yang terdiri daripada 2 orang peserta. Kelas yang telah berlagsung selama satu jam tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi bermula dari jam 2:30 petang hingga jam 3:30 petang.

Objektif utama kelas ini ialah bagi mendedahkan komuniti setempat kepada kemudahan teknologi digital yang terkini. Selain daripada itu, peserta juga berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PEDi. Sehubungan dengan itu, kelas ini juga bertujuan untuk menggalakkan peserta membiasakan diri menggunakan teknologi dan perisian terkini seperti peralatan komputer, WhatsApp Web dan Zoom Meeting. Kelas seperti ini turut menambahkan pengetahuan am serta memperkasakan kemahiran diri mereka dalam menggunakan kelebihan perisian seperti ini. Antara kelebihan yang dapat dikuasi oleh peserta ialah dapat menjimatkan masa dalam sebarang urusan di atas talian. Perkembangan bidang ICT secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada WhatsApp dan Zoom Meeting
2. Sesi tutorial dan latihan
3. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali