Kursus E-Usahawan Giatmara Mambong Siri 1.2022
30 Jun 2022 | Aktiviti Terkini
Pada rabu – 29 Mei 2022, PEDi Lubok Antu telah berkolaborasi bersama PEDi PPR Batu Gong dalam melaksanakan kurus e-usahawan siri 1 bersama pelajar dari Giatmara Mambong. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 10 orang pelajar. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua jam dari jam 3:00 petang hingga 5:00 petang dan diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet.
Untuk kursus pada kali ini, PEDi Lubok Antu telah membawa topik untuk menghasilkan rekod jualan menggunakan MS Excel. Topik ini juga turut memberi sedikit penerangan mengapa pentingnya untuk para usahawan membuat rekod jualan. Antaranya ialah dapat membantu dalam menyediakan pembayaran cukai tahunan, menyediakan rancangan seterusnya dalam perniagaan dan berkebolehan untuk membuat keputusan berkaitan pengurusan dan kewangan dengan lebih baik. Selain daripada itu, pelajar juga turut diajari dengan menggunakan MS Excel untuk menghasilkan rekod jualan iaitu bagaimana untuk memasukkan data, menggunakan formula dan juga susunan untuk mencantikan lagi rekod jualan. Kelas tersebut berakhir dengan jayanya dan pelajar dapat menghasilkan rekod jualan berpandukan contoh yang telah diberi.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan rekod jualan
2. Mengapa pentingnya rekod jualan
3. Menghasilkan rekod jualan menggunakan MS Excel
4. Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: